Friday, August 31, 2012

Format Soalan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Ini adalah format soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 yang dikeluarkan oleh pihak SPA.

PANDUAN UMUM KEPADA CALON

Peperiksaan ini mengandungi satu (a) bahagian iaitu Kecenderungan iaitu:

BAHAGIAN I - KECENDERUNGAN

Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
Kemahiran Logik

(ii) Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

Kemahiran Menginterpretasikan Data

(iii) Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.
Konsep Matematik
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

Bagi sesiapa yang layak untuk panggilan temuduga jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 September 2012 ini, Kami amat sarankan anda mendapatkan panduan menjawab soalan SPA dari Team Tips PTD ini. Panduan ini amat bagus sekali, ia mengajar anda bagaimana menjawab soalan dan contoh2 soalan. Untuk maklumat lanjut berkenaan panduan ini, Sila Klik Sini atau banner di bawah:

 

No comments:

Post a Comment