Friday, August 31, 2012

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Ini adalah contoh-contoh soalan yang dikeluarkan oleh pihak SPA untuk rujukan kepada yang akan menghadirikan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 September 2012.


Seksyen A – Pengetahuan Am

CONTOH SOALAN :

1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut kecuali

A menjana sinergi multisektor.
B berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik.
C membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
D memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan Sosial.
Jawapan : B

2. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan yang merupakan satu inisiatif pihak LPPKN.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Nur Sejahtera LPPKN ialah
I pengurusan menopaus.
II saringan kanser reproduktif.
III ujian makmal yang komprehensif.
IV perkhidmatan perancang keluarga.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
Jawapan : D


Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

CONTOH SOALAN :

1. 30, 32, 36 , X , 60, 92

Apakah X?
A 38
B 40
C 44
D 48
Jawapan : C


2.

Rajah di atas menunjukkan satu nombor perpuluhan. Berapakah hasil tambah digit 3 dan 7 dalam nombor di atas?
A 300.7
B 30.7
C 3.07
D 3.7
Jawapan : C 


Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

CONTOH SOALAN :

1. Gagasan 1Malaysia : Harapan baru rakyat Malaysia.
Bincangkan.
2. Anda sebagai seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat. Jelaskan peranan anda dalam membentuk kepimpinan kampung yang unggul.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

CONTOH SOALAN :

1. Children learn best by observing the behavior of adults and copying it. Discuss.
2. What dangers are there for a society which depends on computer screens rather than face-to-face contact for its main means of communication?


Bagi sesiapa yang layak untuk panggilan temuduga jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 September 2012 ini, Kami amat sarankan anda mendapatkan panduan menjawab soalan SPA dari Team Tips PTD ini. Panduan ini amat bagus sekali, ia mengajar anda bagaimana menjawab soalan dan contoh2 soalan. Untuk maklumat lanjut berkenaan panduan ini, Sila Klik Sini atau banner di bawah:




No comments:

Post a Comment