Friday, August 31, 2012

Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 diketegotikan di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Ditugaskan di Pelbagai Kementerian atau Jabatan. Jadual gaji bagi Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 adalah seperti di bawah:



Syarat lantikan bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau  
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan 
  • lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  

Syarat lantikan kenaikan pangkat pada jawatan ini adalah seperti berikut:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi tugas bagi jawatan ini pula adalah seperti berikut:

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian. 

Bagi sesiapa yang layak untuk panggilan temuduga jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 September 2012 ini, Kami amat sarankan anda mendapatkan panduan menjawab soalan SPA dari Team Tips PTD ini. Panduan ini amat bagus sekali, ia mengajar anda bagaimana menjawab soalan dan contoh2 soalan. Untuk maklumat lanjut berkenaan panduan ini, Sila Klik Sini atau banner di bawah:


     

  

Sumber : spa.gov.my

No comments:

Post a Comment